Jumaat, 31 Disember 2010

~pasangan hidup~

baru2 nie sepupu aku y sebaya ngn aku sudah selesai mendirikan masjid dy...tahniah DALILAH..hehe..semoga kekal sehingga ke syurga yer~hehee..kawan2 aku kt campus pown ramai y dh dirikan masjid..hehee..bukan setakat kwin…kawan2 aku y dh tunang pown ramai gak..hahaa..mm, aku rasa sekarang nie musim mengawan r bagi umor baya2 aku nie..hahahaa


aku bila g..??bila pulak time aku ekh..??hehe..lama g r..aku xterpikir g bende2 MENGARUT ni...hahaha..YE KER MENGARUT..??tah r~
apa y aku nk wat utk diri aku sekarang adalah focus kt stdy..hehee..(ye ker?)hehee....ye kot.. bila dh ada kerjaya bwu buat harta (material & anak)hohohoo..

awek..???tolak tepi dulu…hahahaa…pada aku awek ni menyusahkan kot..hahaa..nk kene jaga..dibelai..dimanja dan bla…bla…bla…yeukss~hehee
skandal..???mmg xder pown(aku ni baek og nyer)hehhee..xsuker skandal2 nie..xsuka ckp je trus terang..hehe..xsalah kot nk jujur~insyallah~

klw owg tnya aku bila nk kwin wat ms ni, xper..aku ada jawapan selamat...sebab ramai g abg2 sedare & kakak sedare atas aku lom BERJAYA mendirikan masjid mereka..haha(jahat gila ayat)...so..aku xnk r tergolong dalam owg y langkah bendul pulak kn..dikata gatal r pulak..hehee..akhss~hehee




nk dijadikan cerita,tetiba ms lepas azan magrib, mak aku boley pulak r terpacul soalan kawin kt aku N adik aku y laki..hahaha..XMEMASAL..!!!hehehe…time tu..mmg aku xboley bla...aku rs mcm xkeruan pown ader..tpi aku pkir positif tntg nie..hahhaa..poyo~..xper..aku dh dewasa dh..aku harus!!dengar bende2 nie…klw bukan mak aku y nk cakap bende nie..sape g.. kn..??hehe..


soalan yang mak aku tnya…“ms doa lepas smbahyang tu P ada doa x tntg ciri2 wanita y baek utk ms depan P?”

aku pown jawap r…“belum ms g r mak..owg xpikir pown bende2 nie..ish2…rsnyer bende ni jauh g r…hahahaa”

mak aku jwap balik….“ekh,jgn mcmtu..skrg ptutnya dh kne doa..kita x tahu jodoh kita bila dan dgn siapa kita di jodoh kan..sebab tu kita kne bersedia doa kpd ALLAH supaya dipertemukan dgn owg y baek2 dan memahami antra 1 sama lain, serta bahagia didunia dan akhirat”


so,aku terpikir gak..betol kata mak aku tu..g pown aku tahu niat dy baek..dy nk tgok anak2 dy independent skit…hehehe…
xper r..1 hari masanya akan tiba..aku perlu r bersedia drp sekarang..hehee…
paper pown sekarang nie,aku nk capai cita2 aku dulu..!!chaiyok sufi…!!!!hehee….
dan aku akan pastikan y aku akan bercinta slapas bernikah..insyallah~hehee

Isnin, 27 Disember 2010

~khas buatmu~

Debar hatiku membisik rindu 
Ingin aku jadikan kau gadis idaman 
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa

Ku ucapkan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan 
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya 
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan 
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan 
Selagi kasih yang terbina 
Kerana cinta kepadaNya

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya 
Insan bernama Kekasih

~ya ALLAH...selamatkanlah umat islam...bagi y belum bertaubat..kau berikanlah taubatmu itu..wahai tuhan sekian alam~

Gambaran Hari Qiamat


ingatlah..!!!kiamat makin hampir dengan kita wahai sahabat~

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 

Ahad, 26 Disember 2010

~ImaGinasikU Yang Tinggi Sejak Kecil Lagi~

Kt sini aku nk share ngn kowng tntg pencinta binatang..siapa lagi klw bukan aku..!!adoyaaaiii~~~~hehehee…
Ok..cerita tntg bakat aku y semula jadi drp kecik y tersangat2 syg kn binatang...susah tau nk dpt bakat semula jadi nie..heheee..
Klw ikot kn cerita mak aku..mmg dri kecil lagi aku ni mmg minat ngn binatang…sebabnyer..???hahahaa…segan plak r aku nk cerita…hikhikk..

sebab pertama = aku ni baek sgt..sehingga kan KERENGGA y wana merah tu aku bubuh bedak kt badan dy sampi jd wana putih..hahaha (tujuan aku wat bende tu utk wat kelainan pada kerengga tu..supaya klw-klw dgn kulit putih,mst dy senang nk ngorat kerengga betina..almaklum r,klw kulit putih,semua owg suker kn..???)…hehee..pemikiran ms aku kecik mmg terlalu advance kn..??hahaa (itu r apa y aku pkir ms kecik)




sebab kedua = aku mmg ingat sgt2 kisah nie..iaitu cuci bontot BURUNG MERBAH…hauahuahuaa…ceritanya mcmnie..ms kecik kecik dulu,aku suka sgt buru sarang burung merbah…sehinggakan aku dh kenal sgt2 y mana 1 sarang burung merbah,sarang burung pipit,sarang burung murai,sarang burung tekukur,sarang burung merbuk, dll..hehe..ajaib gila..hauhauhauaaa…ok,kisahnya mcm nie,ms aku buru sarang burung merbah,aku dpt 1 ekor anak burung merbah berumur 1 minggu(dh tumbuh bulu pelepah,tpi xboley terbang lagi)..apa lagi,aku bwa r balik umah..niat nk bela r..hehee..setakat makan dy aku beli r ulat roti kt kedai…tapi bab dy nk berak nie y aku xreti…!!apa lagi,bila dy berak jer aku akan cuci bontot dy guna air  paip..haha…aku akan pastikan xder skit pown taik di bontot dy..mmg lawak gila r ms tu..sehinggakan anak burung tu menggigil kesejukan..hahahaa…(pd ms tu,aku xrs pown aku berdosa…sbb aku nk tlg dy bersihkan bontot biar xkotor)hahahaaa…(paper pown itu r apa y aku pkir ms kecik)



sebab ketiga = hahaha…aku amik IKAN MATA LALAT aku masukkan dlam singki kt dapur rumah..hahaa…y nie pown masih segar dalam kotak fikiran aku….ms aku wat nie ape y aku fkir adalah aku nk ikan2 aku bersuka ria mcm mana y aku tgok kt TV tntg iklan kt SUNWAY LAGOON(orang2 seronok main gelongsor air..hehehe)….so,aku nk gak ikan aku seronok..hehehe..dy boley main gelongsor air..hehee…aku amik dalam 5 @ 6 ekor ikan pastu aku masukkan dalam singki..tapi,pastikan air dlm singki tu penuh..hehee..pastu aku bkak r penutup singki tu…apalagi..terjun r semua ikan2 aku tu keluar ke parit..hahaha..pastu,aku tangkap balik ikan tu dan ulang perkara y sama..hahahaa….serios aku xder niat jahat nk dengki ikan tu,tpi aku nk ikan aku bahagia hidup dgn aku..bbhahahahaaa!!!!!!!(paper pown itu r apa y aku pkir ms kecik)


sebab keempat = sebab y seterusnya adalah semasa aku bela AYAM SERAMA…hahaa..mmg xboley bla r ms nie..hehee..aku rs kowg penah tgok kn burung merpati kt  sarkas..??hehehe…tujuan aku utk melatik ayam2 aku sama mcm burung merpati y kt sarkas tu..hahhaaa…lwak2…caranya senang jer..aku amik tangga pkcik aku (kn tangga ader stage2 dy kn)..hahahaa..setiap stage tu aku letak seekor ayam..hahaahaa..dan aku bg dia mkan jagung kt situ..hahhaa..sapa y xduduk kt tempt msing2 aku xkc mkan,smpi r dy duk kt tempt dy..hahhaaaa…bila pkir balik..agak kejam..tapi ape kan daya akunya niat ms tu nk biar ayam aku crdik dan standing dengan burung merpati sarkas..hahahaa( paper pown itu r apa y aku pkir ms kecik)….




Sebabb kelima = adalah aku berenang kn KUCING dalam besen y 2.5 kaki dalamnya..hahahaa…hahhaa..perkara ni pulak adalah pengaruh TV y aku kene..haha..kowg penah tgok x anjing berenang kn dalam TV,,?? hahhh!!!mcmtu r y aku nk wat utk kucing jiran aku..hauhauaua(ms ni aku xbela pape binatang lagi)….m,aku nk tgok kcing pandai x berenang mcm anjang..mana xnyer..kn sifat anjaing dgn kucing xjauh beza..hehe…mst kebolehan mereka juga x jauh beza..hehhee…gila kentang r imaginasi aku ms budak kecik..terlalu RADIKAL kot~~hahaa..y aku xboley bla ms tu bila aku masuk kn kcing tu kt dalam air,dy xbunyi “miow”…dia senyap jer..aku apa lagi,aku wat bnyk kali r..hahaa..rupanya kucing tu xbunyi sebab kesejukan y amat…hahhaaa..kesian…(paper pown itu r apa y aku pkir ms kecik)





Jd sekarang nie ape y aku harapkan…kepada binatang2 y aku dh jd kn experiment aku (KERENGGA,BURUNG MERBAH,IKAN MATA LALAT,AYAM SERAMA,DAN KUCING)…aku nk minta maaf bnyak2..aku xbermaksud nk seksa ko…hehehee…semoga sepsis kowg segar hidup sepanjang zaman..hehee..bagi kwan2 y dh bc pengalaman aku ms kecik ni,jgn r kowg buat perkara nie kt umah yer..hehe.aku xk dpt dosa..kowg buat..dosa kowg tanggung sendiri..hehehee…sekian~

~kenalan baru mencipta bibit kasihku~


awek kah ni..??opppsss~~~~

hehhee...siapakah dia gerangan kenalan baru aku tu..???adakah dia terbaek utk masa depan aku..???atau..??hanya seketika...utk mengisi masa lapang..??hehehe...

sebenarnya kenalan aku tu adalah seekor sugar glider...hehhee...seekor binatang y sangat2 manja...






pada mulanya,kwan aku minta khidmat nasihat utk beli binatang nie...sbb dia penah beli seekor...tetapi dy dpt liar punya..so,utk mengambil langkah y selamat...dy suh aku cari supplier y jual sugar glider jinak..

apa lagi..klw bab binatang mmg aku mcm belangkas!!hahaha..aku pown cari r knalan2 y tahu tntg nie..dan!!!akhirnya spupu aku mohd arif tlg aku beli bende alah nie....dy dapat sugar glider jantan..!!hehehe..umor dy sebulan lebih~

(hahh!!tau x kowg..sugar glider jantan lagi manja drp sugar glider betina...hehehe)

pada mulanya aku xr teruja sgt..sbb bukan binatang aku...tpi bila dh tgok dan pegang dy..aku rs mcm aku sayang sgt dy..xtau knp...maybe comel sgt kot..hehehe..over acting lak kn..hauhauhaua...

kt situ aku dh mula rasa sayang sgt kt dy..mcm xnk kc kt mmber pulak..huhuuu..tpi harganya dalam RM250..mahal sangat kot...!!!xmampu aku..huhuuu...tpi klw ada owg nk kc..mst best kn..??hehehe..siapakah dia..??huhuuu..=(



hehee...sambung balik ekh...apa y aku tahu tentang binatang nie..dy hanya mkan buah2an shj...so,aku kc r dia mkan apel,tembikai dan lain lain lagi..hehheee

dia juga terlalu kuat tido..klw ikot kn waktu tidur dia 2/3 sehari...1/3 lagi hanya utk makan..huhuuu..so,nk jaga dy tersangat r senang~hehee...sehinggakn aku terpaksa kejut kn dia utk makan..ye r..klw xmkan nnti sakit pulak binatang owg..t aku y salah..hehee...

sebab terlalu syang~aku nk bagi nama dy..tapi mmber aku kata..."X payah...!!!aku nk bgi sendiri..."..hehehe...xper,aku paham..tu ko punya..aku cuma tlg jage jer..huhuuuu..paper pown,aku nk gak pgil dy dgn nama " BITO "..heheee

klw nk ckp pasal perangai dy..ya allah!!tersangat r manja...bab ni r y aku syang sangt ngn dy..mcm xnk pisah ngn dia jer...!!aku sayang sgt..!!!huhuuuu...

ok2..!!perangai dy,klw aku nk amik kt dlam sangkar...senag jer..cuma hulur kn tangan,nnti dy akan datang N panjat kt atas tangan aku..huhuuu..perkara y dia suker wat ms kt atas tngan aku adalah sembunyi kt bwah ketiak..hauhauhauaua...(sowei ktiak aku xbusuk k)hehehe...



paper pown..harapan aku utk tuan sugar glider nie...ko jage r dy betul2..aku syg sgt dy..aku dh jage dy sehabis baek y aku mampu...nnti bila dia dh dpt kt ko..ko kc r kasih syg y sepenuhnya..klw bnyk assgment..pepandai r bagi ruang kt dy..

N 1 MORE THINK...!!KLW KO XNK JAGE DIA..AKU OFFER DIRI NK JAGE DY...!!!HAHAHAA


Selasa, 14 Disember 2010

kesakitanmu kuterasa jua~

salam semua..dh lama dh xo9 nie..huhuu..buzy r katakn..pape pown..aku ader citer sedey dan gumbir..fist..ms 3 hb dis 2010..uchi jatuh sangkar..so kaki sebelah kiri dia patah...arghhghhh..!!!time tu seriosly aku mmg frust kot..paper pown rmai y bgi sokongan dan dorongan kt aku utk sembuhkan balik kaki uchi tu..aku pown kuat smgat r(bila dipikir2kan..aku rs dia tu dh mcm anak aku plak sbb aku risau sgt kt dy)hauhauahua...

terima kasih kpada kluar y bnyak membantu...dan juga adik aku sgai pembntu ikatan da juru kamera..haha..klw x,xsempurna blog nie..hehee...m,paper pown aku guna kan ubat minyak but-but..kowg tahu keajaiban dy..??hanya 2 ari sha kaki uchi dh sambung...mmg ajaib sgt2..!!aku terkejut kot..!!heheheee...

tpi skrg uchi dlam proses nk jalan seperti sediakala..hehhe..19 hb disember ni genap r dowg 3 bula..wee~~seronok..!!sbb mereka hdup hasil drp pnjagaan aku y dh 1 bulan kot..hehee..ok,jom tgok rawaqtan y diberikan kpd uchi~hehe